Pembuatan Ikan dan kentang goreng

Ikan goreng (fish)

Jenis ikan yang lazim dipakai bergantung kepada keberadaan ikan sumber di kawasan setempat: cod dan haddock merupakan jenis ikan yang lazim dipakai di United Kingdom dan Ireland misalnya.[1]

Daging ikan ini kemudiannya disadurkan dengan bater bancuhan tepung, air serta bahan penggelembung untuk menjadikan bater membuih ringan - baik menggunakan campuran cuka dan natrium bikarbonat atau bir - sebelum digoreng jeluk.

Kentang goreng (chips)

Orang British biasanya menyediakan kepingan kentang yang lebih tebal berbanding potongan bentuk jejari yang lazim dipakai waralaba Amerika Syarikat - potongan kentang jenis ini digelar "home fries" atau "steak fries".[2][3]

Selain dari perbezaan pada istilah, gabungan kepingan isi kentang dihidang panas dengan ikan masih mempunyai nama "ikan dan kentang goreng" di kebanyakan restoran A.S. yang menghidang makanan itu, tetapi sedikit restoran A.S. akan memberikan "kentang garing" berbanding "kentang goreng" apabila seorang pelanggan memesan "ikan dan kentang goreng".[4][5]

Hidangan sampingan

Garam dan cuka sering ditambahkan sebagai bahan perasa selepas jamuan siap dimasak.[6] Kacang pis lenyek (mushy peas)[7] serta pelbagai jenis jeruk turut dihidangkan bersama.[8]

Amerika Syarikat pula lebih menggunakan sos tartar sebagai sos lazim hidangan.

Rujukan

WikiPedia: Ikan dan kentang goreng http://www.bbcgoodfood.com/recipes/3411/crispy-fis... http://www.foodnetwork.com/food/recipes/recipe/0,,... http://www.foodnetwork.com/food/recipes/recipe/0,,... http://www.irishtimes.com http://www.oterrills.com/ajc_review.htm http://www.whiteysfishcamp.com/indexx.htm http://britishfoodhistory.wordpress.com/2012/09/23... http://web.archive.org/web/20080116221706/http://w... http://web.archive.org/web/20110806163826/http://w... http://www.seafish.org/plate/fishandchips.asp